SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
Descargar para leer sin conexión
Topik 1 Permainan
                                    Bola Sepak
     HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan
         permainan bola sepak;
   2.    Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola sepak;
   3.    Mengaplikasikan strategi dan latihan permainan bola sepak; dan
   4.    Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
         dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.




     PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan
bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia
juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian
berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk
memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,
kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
2         TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




          AKTIVITI 1.1
     Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu
     tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di
     Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan
     dibincangkan seterusnya di bawah.




    1.1     SEJARAH

1.1.1       Sejarah Permainan
Sejarah awal permainan bola sepak diketahui
dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta
telah menunjukkan bahawa permainan bola
menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan
tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal
daripada sejarah permainan bola menggunakan
tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki
bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia
bermula pada zaman pemerintahan Dinasti           Rajah 1.1: Permainan bola sepak
Han, di mana askar-askar mereka telah            tanpa peraturan dimainkan secara
menggunakan bola yang diperbuat daripada          meluas di Eropah ketika Zaman
                                                            Pertengahan
kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali
sebagai latihan ÂTsu ChuÊ.

Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek          „episkyros‰
mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan
ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan
bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya.
Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak
lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di
seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat
untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran
yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK         3




Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di
sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah
diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-
pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan
Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka
menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini
dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga
kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah
menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910,
Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913.
Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa
telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan
secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.
Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.
Manakala,      seorang      pengukir     Perancis,    Abel     Lafleur     telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali
sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah
memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929




      Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo
dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas
menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau
bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau
memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila
4          TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK



Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan
FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia
setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada
tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-
seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia
oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa
Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous
dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah
menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas
di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan
merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya
digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.



       SEMAK KENDIRI 1.1
     (a)    Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak.
     (b)    Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Bola
            Sepak yang pertama?
     (c)    Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak?


1.1.2       Perkembangan Bola Sepak di Malaysia
Awal 1920-an

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola
sepak di negara kita? Begini perkembangannya.
Permainan bola sepak pertama di Semenanjung
Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar
dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang
luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur,
Perak, Johor dan Negeri Sembilan.


Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan      Rajah 1.3: Tajuk Gambar
pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya      sejarah perkembangan di
di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921.                 negara
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK        5




Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara
rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali
sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik
menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M.
Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka
menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua
meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan
Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum
tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa
British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984
Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri
Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk
pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua
iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah
diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism
Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh
yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada
tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai
sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola
sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah
persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala
Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya
mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat
pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama



         SEMAK KENDIRI 1.2
   (a)    Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di
          Malaysia.
   (b)    Siapakah tokoh tempatan pertama yang memegang jawatan sebagai
          presiden FAM?
6         TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




1.1.3      Struktur Organisasi Persatuan
Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak
Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).




                      Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM


    1.2      PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah
perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan
dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk
pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat
Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut
dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).


1.2.1      Undang-undang Permainan
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda
memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau
pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat
mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan
bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan
sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola
sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan
dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah.
Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang,
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK    7




bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke
semua undang-undang ini.

Undang-undang 1: Padang Permainan

(a)   Permukaan Padang
      Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi
      atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b)   Ukuran padang
      Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang
      permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ):
           Panjang     :   Minimum 90m (100 ela)
                           Maksimum 120m (130 ela)
           Lebar       :   Minimum 45m (50 ela)
                           Maksimum 90m (100 ela)

      Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
          Panjang : Minimum 100m (110 ela)
                     Maksimum 110m (120 ela)
          Lebar    : Minimum 64m (70 ela)
                     Maksimum 75m (80 ela)

(c)   Kawasan padang
      Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap
      kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan
      panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang
      lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah
      tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan
      dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana
      kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).




                     Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak
8        TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK



(d)   Kawasan gol
      Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut
      kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e)   Kawasan penalti
      Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol
      dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti,
      tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.
      Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat
      di luar kawasan penalti.




                         Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti

(f)   Tiang bendera
      Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu
      ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap
      hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(g)   Lengkungan sudut
      Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang
      bendera dibuat di dalam padang permainan.

(h)   Tiang gol
      Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol.
      Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari
      permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol
      dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).
TOPIK 1    PERMAINAN BOLA SEPAK    9




                      Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan
lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm
dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain
dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan
remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.




            Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

(a)   Pemain
      Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap
      pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.
      Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7
      orang pemain.
10           TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




      Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b)      Perlawanan Rasmi
         Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-
         persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja
         dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap
         pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian
         yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c)      Nama pemain gantian
         Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan
         kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang
         tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d)      Peraturan pemain gantian
         Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-
         wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran
         dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain
         yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat
         daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian
         memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak
         boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e)      Pertukaran Penjaga Gol
         Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu
         sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain
(a)      Keselamatan
         Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh
         membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang
         lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
TOPIK 1    PERMAINAN BOLA SEPAK            11




(b)    Peralatan asas
       Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut
       adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
             Jersi
             Kasut bola
             Seluar pendek
             Stoking
             Pelindung kaki




      Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(a)    Pelindung kaki (shin guards)
       Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki
       atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah
       atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(b)    Penjaga Gol
       Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain
       lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(c)    Pelanggaran Peraturan
       Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka
       melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang
       melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak
       dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan
       memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan
       dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari
       padang.

Undang-undang 5: Pengadil
(a)    Kuasa pengadil
       Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan
       mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak
12       TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




 Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

(b)   Tugas Pengadil
      Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:
         Melaksanakan undang-undang perlawanan.
         Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
         Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
         Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat
         undang-undang 4.
         Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa
         permainan.
         Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku
         sebarang gangguan daripada pihak luar.
         Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk
         pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
         Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka
         meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
         memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
         Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
         lebih daripada satu kesalahan.
         Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan
         yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
         Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal
         kelakuan semasa perlawanan.
         Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas
         kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
         Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK    13




(c)   Keputusan pengadil
      Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar
      keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah
      atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan
(a)   Tugas
      Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-
      tugas pembantu pengadil ialah:
         Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
         Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke
         dalam padang.
         Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
         Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di
         luar pandangan pengadil utama.

(b)   Pembantu
      Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang
      permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada
      pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila
      sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.




             Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas
                           semasa pertukaran dilakukan.

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan
(a)   Tempoh permainan
      Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali
      terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-
      dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan
      hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya
      mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
14       TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




        Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama
                            45 minit setiap separuh masa

(b)   Masa Rehat
      Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa
      pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c)   Masa tambahan
      Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu
      pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil
      bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk
      mendapakan rawatan.

(d)   Tendangan penalti
      Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh
      masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e)   Pemberhentian perlawanan
      Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan
      peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan
(a)   Permulaan perlawanan
      Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan
      gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit
      syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan
      pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih
      kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan
      memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK         15




       Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b)   Sepak mula
      Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali
      perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat
      selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh
      masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak
      mula adalah sah.

(c)   Prosedur
      Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan
      hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola,
      semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan
      berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi
      isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk
      dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil
      sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya
      disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol,
      sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar
Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari
padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di
udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:
(a)   Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana
      tempat terakhir bola terkeluar.
(b)   Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di
      dalam padang permainan.
(c)   Jarak masa ketika sedang         menunggu      keputusan    apabila   berlaku
      pelanggaran undang-undang.
16       TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




               Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan
Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang
gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang
tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau
tangan.

Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan
paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala
perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan
jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah
menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.




            Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK              17




Undang-undang 11: Ofsaid
Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada
berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain
tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat
sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka
bersama pemain itu sendiri.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula
akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.




  Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang
              pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk
Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja
melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu
dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma
ialah:
(a)   menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
(b)   memegang pemain pihak lawan.
(c)   melompat ke atas pemain pihak lawan.
(d)   menolak pemain pihak lawan.
(e)   mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak
      lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
(f)   sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
(g)   menyadung pemain pihak lawan.
18       TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK



(h)   mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar
      atau tidak sopan.
(i)   membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan
      lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan
      kotak penaltinya).

Undang-undang 13: Tendangan Percuma
Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi
menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah
disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma
sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada
sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat
tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh
berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang
diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang
pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri
pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-
kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari
kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak
bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil
sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain
menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan
percuma.




      Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang
                          mempunyai kemahiran yang tinggi
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK    19




Undang-undang 14: Sepakan Penalti
Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di
dalam kawasan penalti.

Prosedur:
   Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di
   tengah-tengah gawang.
   Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan
   penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.
   Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan
   tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.
   Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan
   penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu
   disentuh oleh pemain lain.




            Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk
Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir
sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola
meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh
pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola
terkeluar.

Prosedur:
   Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian
   belakang kepala. (Rajah 1.20)
   Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh
   garisan atau di luar garisan.
20        TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK



     Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh
     pemain lain.
     Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.




       Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol
Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh
pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada
melalui leretan padang atau udara.

Prosedur:
     Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau
     pun penjaga gol.
     Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
     pemain lain menyentuhnya.
     Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan
     penalti.
     Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa
     tendangan gol diambil.
     Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut
Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi
garisan belakang gol.

Prosedur:
     Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung
     padang bersebelahan dengan tiang bendera.
     Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK               21




  Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola
  sehinggalah tendangan sudut diambil.
  Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga
  pemain lain menyentuhnya.




Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol



      SEMAK KENDIRI 1.3
    (a)   Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain
          yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.
    (b)   Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan
          mula?
    (c)   Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan
          tendangan percuma langsung dan tidak langsung?
    (d)   Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira
          ofsaid?




    Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya
    dan Malaysia khususnya.

    FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan
    diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak
    peringkat antarabangsa.
22        TOPIK 1   PERMAINAN BOLA SEPAK




      FAM adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal
      ehwal yang berkaitan bola sepak di Malaysia.

      Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang
      yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.




     J. A. Luxbacher. (1996). Soccer: Steps to Success. (2nd ed.). United States of
         America: Human Kinetics Publisher.

     T. Book. (1989). Soccer: The Skill of the Game. Britain: The Crowood Press Ltd.

     Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan.
        Kuala Lumpur: Longman.

     http://www.fam.org.my

     http://ms.wikipedia.org

     http://www.history.com

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembingBJZAITON
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH Fudhla
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakKaren Kayny
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-balingfariesya20
 
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola baling
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola balingContoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola baling
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola balingHafiz Pk
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Nor Azelin Azeman
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligamuhammad
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaringitaadam
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-balingSia Layteng
 

La actualidad más candente (20)

Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Pendidikan luar
Pendidikan luarPendidikan luar
Pendidikan luar
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembing
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2Nota Sistem pertandingan 2
Nota Sistem pertandingan 2
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
 
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola baling
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola balingContoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola baling
Contoh membuat rancangan pengajaran harian(rph) bola baling
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Sistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukanSistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukan
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Jsu
JsuJsu
Jsu
 
Sukan Bola Keranjang
Sukan Bola KeranjangSukan Bola Keranjang
Sukan Bola Keranjang
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 

Destacado (20)

Modul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakModul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
 
bola sepak
 bola sepak bola sepak
bola sepak
 
Modul bola sepak spts
Modul bola sepak sptsModul bola sepak spts
Modul bola sepak spts
 
Kelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepakKelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepak
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Peraturan permainan sepak bola
Peraturan permainan sepak bolaPeraturan permainan sepak bola
Peraturan permainan sepak bola
 
RPH Bola Sepak
RPH Bola SepakRPH Bola Sepak
RPH Bola Sepak
 
Program latihan sepakbola
Program latihan sepakbolaProgram latihan sepakbola
Program latihan sepakbola
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Strategi Permainan Bola Jaring
Strategi Permainan Bola JaringStrategi Permainan Bola Jaring
Strategi Permainan Bola Jaring
 
Bola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengahBola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengah
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
sepak bola
sepak bolasepak bola
sepak bola
 
Bola Sepak Soccer
Bola Sepak SoccerBola Sepak Soccer
Bola Sepak Soccer
 
soalan pertengahan tahun
soalan pertengahan tahunsoalan pertengahan tahun
soalan pertengahan tahun
 
Bidang kepegawaian
Bidang kepegawaianBidang kepegawaian
Bidang kepegawaian
 
Presentation kelab penyokong bolasepak latest
Presentation kelab penyokong bolasepak latestPresentation kelab penyokong bolasepak latest
Presentation kelab penyokong bolasepak latest
 
Teks pengacara majlis perasmian
Teks pengacara majlis perasmianTeks pengacara majlis perasmian
Teks pengacara majlis perasmian
 

Similar a Topik 1 Bola Sepak

Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...
Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...
Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...Shinta Tjhai
 
Makalah materi bebas
Makalah materi bebasMakalah materi bebas
Makalah materi bebasmeitamhrwt
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxShahir Taeny
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Dewa Dewa
 
Makalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballMakalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballAnisa Khoirul Amin
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantarrizkynet
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiAmphie Yuurisman
 

Similar a Topik 1 Bola Sepak (20)

Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...
Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...
Sejarah sepak bola secara resmi diidentifikasi oleh fifa berasal dari negeri ...
 
Makalah materi bebas
Makalah materi bebasMakalah materi bebas
Makalah materi bebas
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocx
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
 
Makalah Sepak Bola
Makalah Sepak BolaMakalah Sepak Bola
Makalah Sepak Bola
 
Makalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballMakalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan Softball
 
PPT OLAHRAGA BOLA.ppt
PPT OLAHRAGA BOLA.pptPPT OLAHRAGA BOLA.ppt
PPT OLAHRAGA BOLA.ppt
 
Makalah soft ball
Makalah soft ballMakalah soft ball
Makalah soft ball
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Olahraga di indonesia
Olahraga di indonesiaOlahraga di indonesia
Olahraga di indonesia
 
Olahraga di indonesia
Olahraga di indonesiaOlahraga di indonesia
Olahraga di indonesia
 
Makalah sepak bola
Makalah sepak bolaMakalah sepak bola
Makalah sepak bola
 
Makalah sepak bola
Makalah sepak bolaMakalah sepak bola
Makalah sepak bola
 
Makalah sepak bola
Makalah sepak bolaMakalah sepak bola
Makalah sepak bola
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 

Más de Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh

Más de Chegu Abbas : Guru PJ SK Bandar Baru Sungai Buloh (20)

Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbasRpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
Rpt dunia muzik tahun 4 sk kssr 2015 by chegu abbas
 
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KSSR TAHUN 4 2015
 
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBASMODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 4 BY CHEGU ABBAS
 
Rpt pj tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pj tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pj tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pj tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4 by chegu abbas
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4  by chegu abbasRancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4  by chegu abbas
Rancangan pengajaran tahunan matematik tahun 4 by chegu abbas
 
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4
 
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbasRpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
Rpt pk tahun-2 kssr by cikgu abbas
 
Rpt kssr pj tahun 2 2014
Rpt kssr pj tahun 2 2014Rpt kssr pj tahun 2 2014
Rpt kssr pj tahun 2 2014
 
Rpt pk kssr thn 1 2014
Rpt pk kssr thn 1 2014Rpt pk kssr thn 1 2014
Rpt pk kssr thn 1 2014
 
Rpt pj kssr thn 1 2014
Rpt pj kssr thn 1 2014Rpt pj kssr thn 1 2014
Rpt pj kssr thn 1 2014
 
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bmchegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
chegu abbas - Law 12 contoh contoh caution sentoff bm
 
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
chegu abbas - Undang-Undang Futsal 2011
 
chegu abbas - Futsal
chegu abbas - Futsalchegu abbas - Futsal
chegu abbas - Futsal
 
Chegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
Chegu abbas- Undang-undang Bola TamparChegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
Chegu abbas- Undang-undang Bola Tampar
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
 
chegu abbas - Latihan jeda
chegu abbas - Latihan jedachegu abbas - Latihan jeda
chegu abbas - Latihan jeda
 

Topik 1 Bola Sepak

  • 1. Topik 1 Permainan Bola Sepak HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan permainan bola sepak; 2. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola sepak; 3. Mengaplikasikan strategi dan latihan permainan bola sepak; dan 4. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendalian dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan. PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
  • 2. 2 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK AKTIVITI 1.1 Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah. 1.1 SEJARAH 1.1.1 Sejarah Permainan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Rajah 1.1: Permainan bola sepak Han, di mana askar-askar mereka telah tanpa peraturan dimainkan secara menggunakan bola yang diperbuat daripada meluas di Eropah ketika Zaman Pertengahan kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ÂTsu ChuÊ. Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek „episkyros‰ mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.
  • 3. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 3 Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain- pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929 Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930 Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila
  • 4. 4 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang- seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. SEMAK KENDIRI 1.1 (a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak. (b) Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Bola Sepak yang pertama? (c) Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak? 1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia Awal 1920-an Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan Rajah 1.3: Tajuk Gambar pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya sejarah perkembangan di di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. negara
  • 5. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 5 Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama SEMAK KENDIRI 1.2 (a) Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di Malaysia. (b) Siapakah tokoh tempatan pertama yang memegang jawatan sebagai presiden FAM?
  • 6. 6 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM). Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM 1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 1.2.1 Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang,
  • 7. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 7 bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. (b) Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.5 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar : Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Lebar : Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) (c) Kawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela). Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak
  • 8. 8 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK (d) Kawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. (e) Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti. Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalti (f) Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (g) Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. (h) Tiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).
  • 9. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 9 Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan. Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.
  • 10. 10 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. (b) Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan- persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). (c) Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. (d) Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang- wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. (e) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
  • 11. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 11 (b) Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: Jersi Kasut bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki Rajah 1.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak (a) Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. (b) Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil. (c) Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang. Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak
  • 12. 12 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil (b) Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
  • 13. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 13 (c) Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas- tugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. (b) Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal. Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan. Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua- dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
  • 14. 14 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa (b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. (c) Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan. (d) Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan. (e) Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya. Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
  • 15. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 15 Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan (b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. (c) Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. (b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. (c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.
  • 16. 16 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol
  • 17. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 17 Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku. Rajah 1.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. (b) memegang pemain pihak lawan. (c) melompat ke atas pemain pihak lawan. (d) menolak pemain pihak lawan. (e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. (f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. (g) menyadung pemain pihak lawan.
  • 18. 18 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK (h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. (i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya). Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang- kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi
  • 19. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 19 Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur: Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain. Rajah 1.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur: Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. (Rajah 1.20) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan.
  • 20. 20 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira. Rajah 1.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur: Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
  • 21. TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK 21 Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol SEMAK KENDIRI 1.3 (a) Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya. (b) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan mula? (c) Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma langsung dan tidak langsung? (d) Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid? Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya dan Malaysia khususnya. FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak peringkat antarabangsa.
  • 22. 22 TOPIK 1 PERMAINAN BOLA SEPAK FAM adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan bola sepak di Malaysia. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA. J. A. Luxbacher. (1996). Soccer: Steps to Success. (2nd ed.). United States of America: Human Kinetics Publisher. T. Book. (1989). Soccer: The Skill of the Game. Britain: The Crowood Press Ltd. Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan. Kuala Lumpur: Longman. http://www.fam.org.my http://ms.wikipedia.org http://www.history.com