2. 1. KATA NAFI : tidak - bukan
Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur
nafi untuk frasa-
frasa predikat.
Nota:
Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut
mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh: Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
3. 2. kerana - sebab
• kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama
Nota:
Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai kata hubung dengan meletakkan perkataan oleh di hadapannya menjadi oleh
sebab. Perlu diingat bahawa kata hubung kerana yang memang merupakan kata hubung tidak boleh diletakkan
perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai kata hubung. Oleh itu, frasa oleh kerana adalah salah.
Contoh kesalahan ayat:
Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X)
Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. (√)
Oleh kerana hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (X)
Oleh sebab hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (√)
4. 3. dalam - di dalam
Contoh ayat yang salah:
Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X)
Aminah masih berada dalam kelas itu. (X)
6. 5. banyak - ramai
Contoh ayat yang salah:
Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)
Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (√)
Jennifer Lopez mempunyai ramai peminat di Malaysia. (X)
Jennifer Lopez mempunyai banyak peminat di Malaysia. (√).